Age of Empires II

Age of Empires II: Zaman Raja-raja (AoEII; Jawi: ‏ءيج ءوف ايمڤايرس II: زمان راج٢‎‎) merupakan permainan video strategi masa nyata yang dikembangkan oleh Ensemble Studios dan diterbitkan oleh Microsoft. Dilancarkan pada tahun 1999 untuk Microsoft Windows dan Macintosh, ini merupakan permainan kedua dalam siri Age of Empires. Zaman Raja-raja ditetapkan pada Zaman Pertengahan dan mengandungi tiga belas tamadun yang boleh dimain. Pemain bertujuan untuk mengumpulkan sumber yang mereka gunakan untuk membina bandar, melatih tentera, dan mengalahkan musuh mereka. Terdapat lima kempen berdasarkan sejarah, di mana pemain hendaklah bermain dalam keadaan khusus dan berdasarkan satu cerita. Terdapat tiga mod permainan pemain tunggal tambahan, dan permainan berbilang pemain turut disokong.Walaupun menggunakan enjin permainan yang sama dan kod yang serupa dengan pendahulunya, Zaman Raja-raja telah mengambil waktu yang lebih lama dari yang dijangka untuk dibangunkan, memaksa Ensemble Studios untuk melancarkan Age of Empires: The Rise of Rome pada tahun 1998 sebagai gantinya. Pasukan pereka bentuk telah memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah penting di Age of Empires, tetapi menyatakan bahawa beberapa masalah masih ada.Penerimaan Zaman Raja-raja sangat positif. Sebilangan besar ciri baharu dipuji, sama seperti penambahbaikan permainan. Zaman Raja-raja mendapat "pujian sejagat", menurut agregator ulasan permainan video Metacritic. Tiga bulan setelah dilancarkan, dua juta salinan The Age of Kings telah dihantar, dan ia berada di tangga teratas di tujuh negara. Permainan ini memenangi berbagai-bagai anugerah dan hari ini dianggap sebagai satu klasik dari jenisnya, yang mempunyai kesan yang signifikan pada permainan masa depan dalam genrenya. Age of Empires II yang asli dan pek taambahan tahun 2000-nya, Penakluk, kemudian dikeluarkan sebagai The Gold Edition (Edisi Emas). Age of Empires II kini dianggap sebagai salah satu permainan terhebat yang pernah wujud.Versi terkemas kini bergrafik definisi tinggi, Age of Empires II: Edisi HD, dikeluarkan pada tahun 2013. Edisi HD merangkumi permainan asli dan pengembangan Penakluk, serta kempen, peradaban, dan grafik baru untuk paparan keleraian tinggi. Permainan ini dibuat semula dan diterbitkan pada November 2019 sebagai Age of Empires II: Edisi Definitif, dan menjadi permainan pertama di dalam siri ini untuk menyokong antara muka bahasa Melayu.

Age of Empires II

Mod Pemain tunggal, multipemain
Artis
  • Brad Crow
  • Scott Winsett
Platform
Pengarah Adam Isgreen (Edisi Definitif)
Penerbit
Siri Age of Empires
Pelepasan
  • 30 September 1999
  • Edisi HD: 9 April 2013
  • Edisi Definitif: 14 November 2019
Pembangun
Komposer
  • Stephen Rippy
  • Edisi Definitif: Todd Masten
Pereka
  • Bruce Shelley
  • Edisi Defnitif: Bert Beeckman
Enjin Genie
Genre Strategi masa nyata
Pengaturcara Angelo Laudon

Rujukan

WikiPedia: Age of Empires II http://www.destructoid.com/review-age-of-empires-i... http://www.digitalspy.com/gaming/news/a464169/age-... http://www.filmscoremonthly.com/daily/article.cfm?... http://www.firingsquad.com/games/aoe2diary/ http://www.gamasutra.com/features/20000307/pritcha... http://www.gamasutra.com/features/20000307/pritcha... http://www.gamasutra.com/features/gdcarchive/2000/... http://www.gamerevolution.com/review/pc/age_of_emp... http://gamespot.com/gamespot/guides/aoe2_gg/p3_02.... http://gamespot.com/gamespot/guides/aoe2_gg/p3_11....